Wednesday 6 April 2016

MAS dilandasan yang betul.

MAS mula mencatatkan keuntungan.

Agenda merasionalisasikan MAS mula menunjukkan tanda-tanda positif.

Kadang kala kita memang perlukan kepakaran luar untuk menasihati dan membantu urusan perniagaan negara kerana mereka mempunyai pengalaman dan ilmu yang banyak serta luas didalam sesuatu perkara.


Tindakan kerajaan dibawah kepimpinana YAB DS Najib Razak telah membuktikan bahawasanya kita mampu membaik pulih syarikat negara yang sebesar MAS ini yang sebelumnya kerap kali mencatatkan kerugian dimana akhirnya kerajaan terpaksa menyuntik modal aliran tunai buat MAS.

Tindakan bijak ini sudah tentu akan menafaatkan negara dan rakyat kerana saban tahun sebelum ini kerajaan telah memperuntukkan berbillion ringgit untuk menyelamatkan MAS dari bankrap tetapi sebaliknya dengan MAS mencatatkan keuntunggan maka berbilion ringgit tersebut boleh digunakan untuk perkara lain untuk negara dan rakyat.

Tahniah dan moga MAS akan terus mencatatkan keuntungan seterusnya mampu memberi banyak peluang perniagaan dan peluang perkerjaan kepada anak tempatan semula.

Apabila sebuah syarikat itu kukuh dan mampu berkembang maka secara tidak langsung akan mewujudkan peluang perkerjaan dan perniagaan seterusnya mampu memangkin ekonomi negara untuk terus berkembang secara progresif.

Saturday 2 April 2016

Rakyat makin faham dan terima GST

Dr Mahathir Mohammad sedang menyampaikan ucapan 
Perhimpunan Bantah GST dan Undur Najib yang diadakan semalam di Dataran Merdeka walaupun dengan kehadiran Dr Mahathir sekalipun masih gagal mendapat sambutan yang diharapkan.
Ternyata rakyat semakin bosan dengan mainan politik kotor Dr Mahathir dan pembangkang yang mempunyai seribu muslihat bukannya hendak membantu rakyat pun malahan masing-masing hanya perjuangkan agenda mereka sendiri sahaja.

Tentang GST pula,majoriti rakyat makin faham kenapa kerajaan terpaksa laksanakan GST kerana ianya demi mengimbangi kegawatan ekonomi dunia dan menambah pendapatan kerajaan semula setelah sumbangan dari sumber utama kewangan kerajaan iaitu Petronas yang semakin berkurangan disebabkan oleh kejatuhan harga minyak dunia.

Dimasa harga minyak dunia stabil,Petronas mampu menyumbang sehingga RM80billion namun pada tahun ini Petronas hanya mampu menyumbang RM16billion sahaja!.
Kerajaan perlu dana untuk membantu rakyat Malaysia iaitu berjumlah 30juta orang yang sudah tentu mempunyai   pelbagai kehendak dan keperluan.
Rakyat mahukan sekolah,balai polis,jalanraya,hospital dan macam-macam lagi.Dari mana wang nya datang jikalau bukan dari sumber cukai.

Kerajaan mengutip cukai yang banyak dari syarikat koperat dan individu yang kaya untuk diagihkan kepada mereka yang miskin serta sederhana.
Kadar permulaan sebanyak 6% adalah kadar yang paling tidak membebankan rakyat.Perlu diingat sebanyak 160 negara telah laksanakan GST iaitu dari rakyat kepada rakyat.

Terima kasih YAB PM Najib dan kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa cuba membantu rakyat dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.