Thursday 31 March 2016

Tindakan Ali Tinju memalukan

Tindakan semalam oleh NGO Gerakan Merah yang diterajui oleh Ali Tinju menyerang Ibupejabat Dap adalah tindakan yang tidak bermoral dan memalukan orang melayu sahaja.
NGO Gerakan Merah yang Pro Umno ini telah bertindak biadap dan tidak bertamadun dengan menghina salah seorang ahli parti Dap yang sudi menerima memorandum mereka namun telah dihina dan caci sebagai barua kepada Dap parti yang dimonopoli oleh bangsa Cina
.
Isu yang mereka cuba ketengahkan ialah skandal pembelian rumah banglo oleh Lim Guan Eng di George Town  Pulau Pinang dibawah harga pasaran sekaligus menimbulkan mungkin ada berlaku salahguna kuasa dan rasuah.

Saya sebagai bekas Ketua Penerangan Gerakan Merah berasa tindakan menyerang ibupejabat Dap dengan penuh makian dan cacian ini adalah amat memalukan kepada bangsa melayu sendiri yang terkenal dengan sifat lemah lembut seperti peribahasa menarik benang dari tepung,benang tidak putus dan tepung tidak berselerak.
  
Kita semua sedia maklum yang pihak SPRM sedang memanggil saksi saksi serta Puan Phang sendiri untuk diambil keterangan.
Bukan tiada tindakan dari SPRM malahan banyak yang sudah dipanggil untuk diambil keterangan.Adalah lebih baik kita serahkan segalanya kepada pihak SPRM untuk menyiasat dari kita membuat pengadilan sendiri dengan menyerang Ibupejabat Dap.

Tindakan provokasi oleh NGO Gerakan Merah ini sungguh memalukan bangsa melayu khususnya parti Umno.
Mengunakan kekasaran tidak akan menyelesaikan masalah apa pun cuma akan mengeruhkan suasana perpaduan antara kaum didalam negara ini.
Dengan ini jelas Ali Tinju adalah seorang rasis dan menjijikkan.
 
Syed Rosli Jamalullail,
Bekas Ketua Penerangan NGO Gerakan Merah.

Wednesday 23 March 2016

Gerakan dari Selangor untuk jatuhkan PM?

Siapa sebenarnya Zainuri Zainal,Ketua Pemuda Umno Selangor ini?
Cara beliau seakan tidak sehaluan dengan YAB Presiden Umno apabila secara konsisten mempertikaikan banyak keputusan pucuk pimpinan tertinggi Umno yang diketuai oleh YAB Peesiden.

Yang terbaru beliau telah buat kenyataan media dimana beliau nyatakan yang Pemuda Umno Selangor  dalam kesusahan sehingga hendak isi minyak kereta pun tiada duit untuk bergerak.Bukan kah sepatutnya masalah sebegini dibincang didalam Mesyuarat Perhubungan Umno Negeri dan tidak sepatutnya diketahui oleh umum.Sebagai Ketua Pemuda Umno Negeri sudah tentu beliau mempunyai akses untuk nyatakan sebarang masalah kepada DS Noh Omar sendiri iaitu Pengerusi Perhubungan Umno Negeri?

Tetapi yang jelas kita maklum ialah mereka ini sering berselfie di cafe mewah dan bercuti.
Jikalau kita mengkaji semula sejarah Arwah Datuk Zakaria Mat Deros iaitu bapa kepada Zainuri Zainal ini kita boleh tahu bahawasanya mereka bukan lah datangnya dari keluarga yang susah jadi mustahil la sampai hendak isi minyak kereta tiada duit.

Jelas kenyataan Zainuri ini akan memburukkan parti seterusnya seperti YAB Presiden tidak menjaga Umno Selangor.Bukankah Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia yang sepatutnya berusaha keras untuk mendapatkan dana untuk gerakkan jentera pemuda Umno Selangor selain YAB Presiden?
Mana tanggungjawab Khairy atau ini adalah agenda untuk memburukkan YAB Presiden? 
Apakah agenda Zainuri Zainal Ketua Pemuda Umno  jawatan yang dilantik oleh Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Umno Malaysia?
Adakah mereka menyerang YAB Presiden secara senyap kononnya tidak akan diketahui oleh ahli Umno?

YAB Presiden Umno perlu berhati hati dengan musuh didalam selimut ini yang cuba menjatuhkan YAB Presiden,gerakan mereka licik namun Allah Maha mengetahui dan sedikit demi sedikit gerakan busuk mereka ini boleh dihidu.
Kami yang setia dengan YAB Presiden Umno DS Haji Najib Tun Razak mendoakan terus memimpin kami dan sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T.

Khairy gagal bela atlit berpotensi tinggi negara.


Gaji pemenang pingat gangsa olimpik Pandalela Rinong sudah 8 bulan tidak dibayar seperti yang dilapurkan oleh Berita Sukan Buletin Utama TV3 sebentar tadi.
Jelas beliau kecewa.
Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia Dan Sukan ternyata gagal dalam membela atlit sukan yang mempunyai prospek untuk menang pingat di Olimpik di Rio.
Skandal RM100juta membusukkan nama Khairy ditambah dengan kegagalan membela nasib atlit sukan negara lebih membimbangkan.
Khairy hanya pandai bercakap dan sebenarnya gagal menjadi pemimpin.
Majulah Sukan Untuk Negara.

Tuesday 22 March 2016

Khairy wajib letak jawatan.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Saya ingin menggesa YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggantung jawatan kabinet khairy Jamaluddin sehingga penyiasatan terhadap pegawai yang terlibat dalam skandal rm100 juta selesai.
Tujuan menggantung khairy sebagai Menteri Belia dan Sukan kerana kecuaian beliau terlepas pandang perkara yang berlaku dalam kementerian beliau. Oleh kerana isu ini bermula di zaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek maka hukuman yang serupa patut dikenakan kepada beliau.
Perdana Menteri baru sahaja berjaya selesaikan isu 1MDB,kini negara terpalit dengan skandal yang amat memalukan negara.
Skandal RM100juta ini juga akan menjadi bahan kempen pembangkang untuk menyerang Umno dan Barisan Nasional pada PRU14 nanti yang sudah tentu memberi liabiliti besar kepada Umno BN.  
Sehubungan dengan itu saya merayu kepada YAB Perdana Menteri mengambil tindakan yang tegas kepada kedua menteri ini supaya rakyat melihat Perdana Menteri serius menangani isu penyelewengan walaupun mereka berdua tidak terlibat.
Syed Rosli Jamalullail,
Bekas Calon Ketua Pemuda Umno Malaysia 2013.

Monday 21 March 2016

Skandal RM100juta MSN

Skandal RM100 juta ketirisan yang berlaku didalam MSN bukan lah perkara kecil,ianya melibatkan wang rakyat yang cukup banyak telah dicuri begitu sahaja.
MSN yang bernaung dibawah KBS iaitu Khairy Jamaluddin sebagai Menteri nya harus ada tanggungjawab untuk selesaikannya dengan mengantung tugas mereka yang terlibat.
Kenyataan media Khairy Jamaluddin hari ini amat tidak menyakinkan kerana adalah sungguh memalukan seorang Menteri tidak tahu menahu langsung dengan ketirisan dana kementerian yang sebegitu banyak.
Khairy sepatutnya lebih fokus kepada hal hal kementerian beliau dari lebih banyak sibuk dengan hal kementerian lain.Apabila tidak fokus dan lalai maka perkara begini boleh berlaku.
Bayangkan jikalau Khairy menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti,mungkin RM 100 billion hilang pun mungkin beliau tidak sedar nanti.
KPI Khairy sebagai Menteri sudah jatuh teruk kali ini dengan kehilangan Wang rakyat yang sebegitu banyaknya.
Isu kehilangan wang sebegini banyaknya sudah tentu akan menjadi bahan kempen pembangkang semasa PRU14 nanti,ini jelas akan memberi liabiliti besar kepada Umno dan BN. 
Amat memalukan. 
Syed Rosli Jamalullail
Penolong Setiausaha Pemuda Umno
Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka,Bahagian Pandan,Selangor.

Saturday 19 March 2016

SPRM perlu telus siasat Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat kontrak pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sama seperti prosedur yang dijalani bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang membeli sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail berkata, kes Guan Eng dan Dr Mohamad Khir dilihat mempunyai persamaan dan seharusnya dikenakan hukuman setimpal seperti yang ditetapkan undang-undang.

"Saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak SPRM didalam kenyataan media mereka bahawasanya kertas siasatan akan dibuka diatas tuduhan Guan Eng membeli sebuah banglo di Georgetown dengan harga dibawah harga pasaran.
"Kes ini sama seprti kes Dr Mohamad Khir yang didakwa dan dihukum kerana bersalah di dalam amalan rasuah. Saya amat berharap pihak SPRM akan berlaku adil dan tidak pilih kasih di dalam kes ini dan siasatan telus dapat dijalankan.

"Sebelum ini pimpinan pembangkang selalu menuduh yang pemimpin UMNO terlibat dalap rasuah maka sekarang mungkin kita boleh tahu siapa pula yang terlibat," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Sebuah akhbar tempatan melaporkan Guan Eng didakwa membeli rumah di Jalan Pinhorn, Georgetown di Pulau Pinang dengan harga yang lebih rendah berbanding nilai harga pasaran semasa.
Terdahulu, pada sidang Dewan Rakyat, Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) mendakwa rumah berkeluasan tanah 10,161 kaki persegi (943.98 meter persegi) didakwa dibeli Lim pada 25 Oktober tahun lalu dengan harga RM2.8 juta.
Menurut Shabudin, nilai pasaran harga rumah berkenaan ialah dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Jelas Syed Rosli, ia sekali gus membuktikan sesuatu yang tidak betul berlaku di dalam isu pembelian banglo berkenaan oleh Guan Eng.
Pada Sabtu, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mengalu-alukan siasatan SPRM ke atas transaksi pembelian banglo bernilai RM2.8 juta oleh anaknya.
Katanya, sebarang dakwaan mengenai salah guna kuasa wajar disiasat.
Walaupun dituduh membeli hartanah di bawah nilaian sebenar, Guan Eng tetap mempertahankan transaksi tersebut.

Katanya, pembelian rumah banglo itu dibuat secara bebas dan rela hati di antara pembeli dan penjual.
Tahun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir bersalah kerana mendapatkan untuk dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, 50, dua lot tanah dan sebuah banglo di seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.
Dr Mohamad Khir gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 30 Mei, 2013.
Bekas anggota dewan undangan negeri Sungai Panjang itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei, 2007.