Wednesday 2 April 2014

ESSCOM & ESSZONE KEGAGALAN PENTADBIRAN NAJIB LAGI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Genap setahun lebih yang lalu, peristiwa pencerobohan Tentera Sulu kepada Penuntut KeSultanan Raja Sulu iaitu Abdul Kiram lll terhadap Lahad Datu dan Semporna telah mengemparkan negara.Semasa pertempuran antara Tentera Sulu dengan pihak keselamatan negara iaitu PDRM dan ATM telah mengorbankan 6 anggota polis dan 2 anggota ATM.Dipihak Tentera Sulu pula sebanyak 67 nyawa telah terkorban dan 149 telah ditahan dan mereka yang ditahan sedang dibicarakan di Mahkamah.
Ketika itu keselamatan Pantai Timur Sabah boleh dikatakan agar longgar dimana cukup mudah warga Filipina keluar masuk keperairan negara.


Pada 7 Mac 2013, kerajaan telah memperkenalkan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi memperkuatkan lagi keselamatan maritim bahagian Pantai Timur Sabah.Kemudian pada 25 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan pula sebuah Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).Ini semua antara langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan kawasan Pantai Timur Sabah selamat.


Adakah kegagalan demi kegagalan Najib menguruskan negara dimana cukup sudah untuk beliau letak jawatan!?

Persoalannya sekarang, kenapa keselamatan Pantai Timur Sabah masih longgar sehingga boleh berlaku kejadian penculikan terhadap pelancung warga China dan perkerja hotel di Singamata Reef Resort yang terletak di sebuah pulau berhampiran dengan Semporna.Dilapurkan juga bahawa penculikan tersebut mengunakan senjata api dan telah memecut melarikan diri mengunakan bot laju bersama pelancung warga China dari Shanghai dan seorang perkerja hotel warga Filipina sebagai tebusan. 


Adakah disebabkan semua aset tentera yang sepatutnya berada di kawasan ESSCOM telah dikerahkan tumpu perhatian didalam pencarian MH370 telah menyebabkan kawasan Pantai Timur Sabah telah terabai?
Saya harap jangkaan saya ini adalah tidak benar, ini kerana saya yakin pihak ATM sudah punyai pengalaman yang banyak semasa kejadian pencerobohan Lahad  Datu dahulu.
Diketika ini pula Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin dan juga pegawai tertinggi ATM sedang berada di Hawaii,Amerika untuk persidangan antara Menteri Pertahanan Asean dan Amerika.


Akhir sekali saya amat berharap agar pihak ATM dapat terus memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa dijaga dengan baik.Kita juga perlu ingat bahawa semenjak kes kehilangan MH370 ini telah banyak dipertikaikan berkenaan kecekapan pihak bertanggungjawab menjalankan tugasan mereka.Imej keselamatan negara ketika ini sedang diperhatikan dengan serius oleh semua mata didunia ini berikutan kes MH370 dan penculikan pelancung warga China dan perkerja hotel warga Filipina di Semporna Sabah paling terbaru semalam.Adakah ini akan meninggalkan kesan buruk pada kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 ?.

Saturday 29 March 2014

MH370 MUNGKIN BOLEH DISELAMATKAN?



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ketika negara dan dunia sedang bersedih dengan apa yang berlaku pada‪#‎MH370‬ ada beberapa perkara pihak kerajaan Malaysia perlu belajar dari setiap kelemahan dan wajib perbaiki agar isu keselamatan rakyat dan negara akan sentiasa terbela.
Antara yang menjadi isu hangat diperkatakan ialah kelemahan tindak balas dari pihak TUDM apabila ada pesawat mencurigakan melakukan "turned back" walaupun ianya adalah pesawat bukan "hostile" iaitu hanya pesawat komersial tetapi pihak TUDM sepatutnya segera menghubungi Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang atau di KLIA untuk pengesahan memandangkan pesawat tersebut berada diruang udara negara.Mereka TUDM dan Pusat Kawalan Trafik Udara perlu mempunyai suatu mekanisma berbentuk perhubungan terus kerana keupayaan radar antara mereka adalah berbeza.Radar tentera saya yakin lebih sensitif berbanding radar Pusat Kawalan Trafik Udara DCA.
Jikalau pihak TUDM bertindak balas segera dengan melepaskan beberapa jet pejuang yang berpengkalan di Butterworth untuk melakukan siasatan diudara seperti cuba berkomunikasi dengan juruterbang MH370 dan jikalau gagal boleh cuba ekori kemana akan perginya MH370 tersebut pada masa kejadian mungkin boleh mengelakkan kehilangan MH370 ini.Kita harus belajar dari apa yang berlaku pada Amerika 11/September 2001 dimana pesawat komersial telah digunakan oleh penganas untuk menyerang WTC dan Pentagon.
Datuk Seri Hishammuddin (Menteri Pertahanan) juga menyatakan semalam pada sidang akhbar bersama pemberita tempatan bahawa pihak kerajaan harus lakukan penambahbaikan didalam sektor ketenteraan bagi mengelak perkara sebegini berlaku dan agar kita lebih sedia untuk bertindak jikalau ianya berlaku dimasa depan.
Kita harus belajar dari peristiwa kehilangan MH370 dan akui bahawa sistem pertahanan negara kita masih lemah dan sentiasa harus dikemas kini.Mengemaskini sistem pertahanan adalah amalan biasa pada setiap negara.
Dimasa akan datang juga pihak kerajaan melalui Kementerian Pertahanan harus mengelakkan menguna perkhidmatan orang tengah "broker atau agen" untuk pembelian sebarang aset ketenteraan bagi mengelakkan berlaku ketirisan dan caj perkhidmatan yang terlalu mahal sehingga merugikan negara.Pihak kerajaan boleh lakukan secara terus "0ne to one" dengan kerajaan negara pengeluar mahupun pembekal.Dengan ini isu penyelewengan dapat diatasi jikalau tidak keseluruhan boleh mengurangkannya.Saya yakin bajet tiap tahun yang dikemukan oleh kerajaan amat mencukupi untukk mengemaskini keperluan penambahbaikan aset ketenteraan kita.
Semalam juga Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan iaitu semua pintu keluar masuk negara akan diperketatkan kawalannya.Ini kerana ada dua penumpang MH370 warga Iran yang mengunakan pasport individu dari warga Itali dan Austria yang dilapurkan hilang di Thailand.Pihak Interpol juga telah menasihati pihak kerajaan Malaysia melalui Imigeresen Malaysia yang sepatutnya melakukan "cross check" dengan pengkalan data Interpol berpengkalan di Peranchis melalui online yang hanya mengambil masa sepantas 2 saat sahaja.Ini antara perkara yang kerajaan Malaysia harus perbaiki dan belajar dari sebarang kelemahan dan kecuaian jika berlaku dipihak kita agar perkara begini tidak akan berlaku lagi.
Akhir sekali saya dan seluruh rakyat Malaysia amat berharap kita perbaiki segala kelemahan sistem pertahanan negara dan tidak lupa juga pihak Imigeresen agar perbaiki dan kemaskinikan segala keperluan supaya perkara yang tidak di ingini berlaku lagi.Terimalah kritikan membina sebagai kritikan positif untuk perbaiki dari segala kelemahan kita.
Sekian pandangan,kritikan dan harapan kami.

Parti PKR semakin merapu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa yang sedang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Wan Azizah didalam permilihan parti kali ini?

Mengapa mereka berdua bertanding merebut jawatan yang sama iaitu jawatan Presiden?

Sudah hilang pertimbangan kah parti PKR ini?Belum ada dalam sejarah lagi yang berlaku sebegini, suami berlawan dengan isteri untuk jawatan yang sama!

Adakah ini percaturan Anwar supaya tiada siapa memegang jawatan Presiden nanti kecuali isterinya Wan Azizah,kerana jika beliau gagal dalam rayuan hukuman penjara 5 tahun dalam kes liwatnya nanti beliau tetap punyai Wan Azizah untuk dibonekakan walaupun beliau didalam penjara ??

Apa pun saya yakin semua ini ada bersebab, mungkin tujuan Anwar bertanding bagi menyekat Azmin Ali dari bertanding jawatan Presiden menentang Wan Azizah? Jikalau Azmin menang dan kuasa parti PKR sudah tentu Azmin akan hancurkan seluruh musuhnya didalam PKR? 

Ini semua persoalan yang bermain difikiran kita.


Dibawah adalah senarai penuh calon dipetik berita dari Sinarharianonline.

Presiden (2 calon)
1) Datuk Seri Anwar Ibrahim
2) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden (6 calon)
1) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
2) Tian Chua
3) Datuk Saifuddin Nasution Ismail
4) Datuk K Ramachandran
5) Murali Subramaniam
6) Mohamed Azmin Ali

Naib Presiden (16 calon)
1) Baru Bian
2) Datuk Mansor Osman
3) Fuziah Salleh
4) Suresh Kumar
5) N.Surendran
6) Mustafa Kamil Ayub
7) Elizabeth Wong
8) Dr Shamugan
9) Sresram
10) Mohd Rafizi Ramli
11) Mohd Yahya Shaari
12) Lee Chin Cheh
13) Nurul Izzah Anwar
14) Dr Xavier Jayakumar
15) Shamsul Iskandar Md Akin
16) Tian Chua

Ahli MPP (78 calon)


ANGKATAN MUDA KEADILAN

Ketua AMK (3 Calon)
1) Nik Nazmi Nik Ahmad
2) Nazree Mohd Yunus
3) Amiruddin Shaari

Timbalan Ketua AMK (4 calon)
1) Mohd Serman Asnar
2) Chah Li Kang
3) Afiq Baharudin
4) Ramesh Kumar

Naib Ketua AMK (9 calon)
1) Raymond Ah Wa
2) Mohd Saifullah Zulkifli
3) Ginei Lim
4) Ganavesra Maniraju
5) Carol
6) R. Sri Sanjeevan
7) Nor Izwan Ahmad
8) Razlan Jalaluddin
9) Sanita Jayakumar

AJK AMK (62 Calon)


WANITA PKR PUSAT

Ketua Wanita Pusat (2 calon)
1) Rodziah Ismail
2) Zuraida Kamaruddin

Timbalan Ketua Wanita Pusat (3 calon)
1) Haniza Talha
2) Prof Madya Rusna Adnan
3) Tengku Intan Tengku Abd Hamid

Naib Ketua Wanita Pusat (6 calon)
1) Gan Pei Nei
2) Nor Sham Abd Samad
3) Dr Daroyah Alwi
4) Sivamala Ganapati
5) Johar Md Lani
6) Tan Poh Lai

AJK Wanita Pusat (30 calon)

Friday 28 March 2014

Umno tandus pemimpin, tiada yang berani cabar Najib, kata bekas pengarang NST

Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan menurun tetapi masih belum nampak kepimpinan Umno berminat untuk menggantikan tempatnya. Gambar fail.
Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan menurun tetapi masih belum nampak kepimpinan Umno berminat untuk menggantikan tempatnya. Gambar fail.
MARCH 29, 2014

Apakah Umno terlalu ketandusan bakat kepimpinan sehinggga menyebabkan tidak ada yang mahu mencabarnya ketika kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dilihat sebagai paling lemah sekarang, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Abdul Kadir Jasin.
Kadir dalam blognya The Scribe berkata, satu keanehan atau ironi kerana Najib adalah PM Malaysia yang paling buruk prestasi pilihan raya (sejak krisis 13 Mei 1969), tetapi tidak tercabar.
"Adakah ini disebabkan oleh Umno ketandusan bakat kepemimpinan atau sudah menjadi begitu autokratik sehingga presiden tidak boleh dicabar lagi," katanya.
Atau, katanya,  adakah negara kita sebenarnya lebih terkongkong dan tidak bebas walaupun diuar-uarkan sebagai terbuka, liberal dan sederhana.
Beliau berkata, keadaan ini mungkin boleh diterima oleh majoriti ahli dan penyokong Umno, tetapi sama ada ia akan diterima oleh pengundi dan rakyat jelata amnya adalah persoalan yang berbeza.
"Sekali lagi mungkin ada dikotomi antara kedudukan Najib yang kukuh dan selamat sebagai PM dengan sokongan pengundi terhadap Umno dan BN," tulisnya.
Kadir mengulas laporan pada Disember lalu mengenai populariti Najib mengikut kajian Merdeka Center jatuh kepada 52%.
Sebanyak 67% daripada responden dalam kajian itu menyebut peningkatan kos sara hidup dan inflasi sebagai punca mereka hilang keyakinan terhadap Najib.
Populariti beliau merudum di kalangan semua bangsa walaupun kejatuhan paling teruk adalah di kalangan orang India.
Sokongan orang India terhadap Najib jatuh daripada 76% kepada 57% dan sokongan orang Cina jatuh 13% lagi kepada hanya 21%. Hatta orang Melayu yang menjadi penyokong utama beliau pun memberi penarafan yang lebih rendah – jatuh daripada 73% kepada 66%.
Kadir berkata, penarafan dan kritikan nampaknya tidak menjejaskan kedudukan Najib sebagai PM. Tidak nampak ada cabaran yang berwibawa agar beliau mengundurkan diri daripada kerajaan dan parti.
"Tidak seperti (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang ditentang hebat oleh (Tun) Dr Mahathir Mohamad dengan bantuan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin dan (Tun) Daim Zainuddin serta sekumpulan blogger pro-Umno selepas PRU 2008, Najib tidak menghadapi gerakan seperti itu," katanya.
Malah, katanya,  tidak ada siapa pun di kalangan kepemimpinan kanan Umno sekarang yang berminat menjadi PM.
Katanya, ini berbeza daripada zaman Abdullah apabila Najib cukup berminat untuk mengambil alih jawatan nombor satu itu. – 29 Mac, 2014. Dipetik dari malaysian Insider.

Malaysian F1 GP,Siapa akan Juarai?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Walaupun negara sedang bersedih dengan peristiwa yang menimpa pesawat MH370 namun sekali lagi Malaysia menjadi tumpuan peminat dunia permotoran F1 yang sedang berlangsung mulai hari ini hingga ke hari Ahad dimana perlumbaan sebenar akan berlangsung di trek F1 Sepang pada hari Ahad nanti.


Pada tahun ini juga pengunaan enjin bagi setiap kereta lumba F1 telah ditukar daripada sebelum ini mengunakan enjin 2.4 liter V8 kepada 1.6 liter Turbocharged V6 enjin.Dimaklumkan bunyi enjinnya kali ini agak senyap berbanding enjin yang biasa digunakan sebelumnya.Maklum balas dari pelumba-pelumba dan juga peminat adalah amat mengecewakan kerana bunyi mengaum dan detuman enjin F1 memang seronok didengari sebelum ini tetapi tidak akan didengari lagi selepas penukaran enjin kereta F1.



Malaysia menjadi tuan rumah kedua didalam kalendar 2014 selepas Melbourne,Australia telah menjadi pembuka tirainya pada dua minggu yang lepas.Pada perlumbaan di Melbourne pasukan yang ditaja oleh Petronas telah memenanginya apabila pelumba Mercedes AMG Petronas Nico Rosberg telah berjaya mendapat tempat pertama.





Penulis amat yakin bahawa rakyat Malaysia berasa bangga dengan pencapaian pasukan ditaja oleh Petronas yang telah memenangi perlumbaan di Melbourne dan berharap pasukan Mercedes AMG Petronas akan berusaha menampilkan persembahan yang baik di Sepang dimana boleh diibaratkan sebagai "home track" bagi pasukan Merceses AMG Petronas.
Kelibat pemanduan Lewis Hamilton dan Nico Rosberg sudah tentu ditunggukan pada hari perlumbaan nanti iaitu pada hari Ahad.Keesokan hari iaitu pada hari Sabtu adalah ujian masa kelayakan bagi merebut petak permulaan.Ini juga sudah tentu akan mendebarkan bagi peminat sukan F1 tempatan dan antarabangsa yang akan membanjiri trek F1 Sepang nanti.



Bagi juara berganda tahun lepas iaitu pasukan Red Bull Racing dan pemandunya Sebastian Vettel dan tidak ketinggalan juga pasukan Ferrari melalui dua pelumba yang pernah menjuarai tahta pelumba F1,Fernando Alonso dan Kimi Raikkonen akan bergabung dibawah pasukan yang sama buat pertama kalinya akan menjadikan perlumbaan yang amat sengit pada hujung minggu nanti.


Penulis mengharapkan persembahan yang baik dari pasukan Scuderia Ferrari yang semenjak dulu menjadi pasukan pilihan penulis dan juga pasukan kedua pilihan iaitu pasukan Mercedes AMG Petronas.Kimi Raikkonen diramalkan menang!


SELAMAT MENONTON F1 DI SEPANG.
#PRAYFORMH370

Thursday 27 March 2014

MH370:TENTERA UDARA TIDUR?

1)Adakah Tentera Udara Malaysia tidur di tempat kerja ?

2) Bagaimana pesawat yang tidak dikenali boleh terbang melalui ruang udara Malaysia tanpa pihak Tentera Udara bertindak dan sedang berjaga-jaga ? Adakah ruang udara kita dikawal dengan baik oleh Tentera Udara?

3)Kenapa tiada pesawat pejuang keluar memintas sedangkan pengkalanTentera Udara di Butterworth adalah amat hampir semasa MH370 melalui ruang udara Pulau Pinang?walaupun menurut lapuran Tentera Udara bahawa mereka dapati ianya pesawat penumpang bukan pesawat pejuang lain tetapi bukankah sepatutnya pesawat pejuang kita keluar dan cuba berkomunikasi dengan juruterbang pesawat penumpang tersebut untuk lakukan pemeriksaan jikalau mereka sedang alami masalah? Kita masih belum belajar dimana pesawat penumpang telah digunakan oleh penganas bagi menyerang WTC dan Pentagon diAmerika pada 11 September 2001?.

4)Kenapa pihak Tentera Udara tidak menghubungi pihak DCA pada masa "real time" untuk pengesahan sama ada pesawat penumpang tersebut telah dipanggil untuk berpatah balik oleh mana-mana pusat kawalan trafik udara Malaysia?Adakah mereka tidak bertindak kerana hanya menurut "andaian hati" mereka bahawa ianya selamat ?menurut kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat.

5)Kenapa hanya selepas 3 hari kejadian kehilangan baru pihak Tentera Udara maklumkan bahawa pesawat MH370 ada lakukan pusing patah balik dan melintasi semenanjung menghala ke Teluk Andaman dimana telah direkod dan dikesan melalui radar tentera dan kenapa tidak dilapurkan pada masa "real time" kejadian supaya pihak DCA dan MAS boleh bertindak cepat dan tidak membuang masa mencari di Lautan China Selatan?.



Berikut adalah beberapa soalan-soalan yang bermain dibenak fikiran kita bagaimana Penerbangan MH370 gagal dikesan lebih awal dan mungkin dapat menyelamatkan penumpang-penumpang dan krew MH370.

Pada awal pagi Mac 8 Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing melalui Laut China Selatan,ketika melalui ruang udara Vietnam tiba-tiba ada seseorang sengaja mematikan transponder di 1.21am menjadikannya hilang daripada kawalan trafik udara (ATC ) skrin radar.

Boeing 777 pesawat penumpang ketika itu membawa 239 orang penumpang dan 12 orang anak kapal kemudian membuat pusingan  semula ke dalam ruang udara Malaysia .

Tanpa dicabar dan tidak dapat dikenal pasti - walaupun ia telah dikesan sebagai blip dengan radar utama Tentera di 2.15am (walaupun tidak mendatangkan ancaman ) - ia terbang ke atas Pulau Pinang sebelum menghilang ke arah Lautan Hindi.

Ya betul,kita tidak boleh menyalahkan seratus peratus pada pihak Tentera Udara Malaysia tetapi bukan kah ini menjadi tanggungjawab pihak Tentera Udara untuk memantau ruang udara Malaysia terutama apabila ada pesawat penumpang yang melakukan pusingan semula merentasi Kelantan,Kedah dan Pulau Pinang tanpa mendarat?.

Penulis berasa bahawa berkemungkinan ada kecuaian berlaku terhadap pihak Tentera Udara dimana gagal dalam sentiasa bersiap sedia jikalau perkara seperti ini berlaku?

Berikut adalah kenyataan Timbalan Menteri Cap Ayam yang penulis petik dari Malaysiakini :Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri menjelaskan kenyataannya sebelum ini, bahawa MH370 berpatah paling kerana mendapat arahan pusat kawalan, hanya andaiannya.

Menurutnya, ia semata-mata kemungkinan yang boleh berlaku.

"Setelah membuat semakan, saya ingin tegaskan bahawa andaian saya tidak tepat," katanya dalam kenyataan akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau semalam juga berkata, tentera udara mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.

Bagaimanapun, tentera pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat semalam.


Pegawai yang bertugas mengawasi radar tentera ketika itu harus disoal siasat dan jika terdapat kecuaian,tindakan tegas harus diambil terhadap pegawai tersebut oleh Tentera Udara.

Ternyata alasan yang diberikan tidak boleh diterima akal oleh kita yang akan menuju kearah negara maju pada tahun 2020 iaitu 6 tahun sahaja lagi.Penulis amat berharap biarlah yang bijak pandai dipilih menjadi anggota kabinet atau pun memang dalam Barisan Nasional ni sudah tiada yang cerdik pandai lagi dan hanya yang tinggal adalah yang tidak berkualiti.Maka benarlah apa yang Tun M kata bahawa parti Umno Barisan Nasional tidak sukakan orang pandai menyertai mereka?


Penulis amat berharap pihak kerajaan terutama pihak Tentera Udara harus perbaiki kelemahan ini kerana tidak boleh bayangkan apa akan terjadi dengan Malaysia jikalau ada pesawat perang asing yang masuk ke ruang udara Malaysia malahan lebih teruk mereka boleh mendarat secara haram tanpa diketahui oleh pihak tentera pun.

Jangan diulangi lagi seperti apa yang pernah berlaku di Lahad Datu setahun yang lalu dan berubahlah semua pemimpin2 negara atau kami rakyat akan terpaksa mengubah kamu semua.

Akhir sekali pertahankan kedaulatan negara kita dari sebarang ancaman luar dan dalam.

Wednesday 26 March 2014

Shafie Abdullah akan selamatkan MAS?

Kuala Lumpur:MAS dan Kerajaan Malaysia sudah boleh berkira-kira bagi mendapatkan perkhidmatan Peguam yang paling terkenal dan hebat di Malaysia ini iaitu Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah untuk membela MAS.
Saya yakin kehebatan Peguam ini mampu membantu Kerajaan khususnya MAS.
Kehebatan beliau telah diakui kerana berjaya menyakinkan Hakim2 untuk "overturn" keputusan Mahkamah Tinggi yang dapati DS Anwar Ibrahim tidak bersalah ke bersalah di Mahkamah Rayuan.
Harap pihak Kerajaan dan MAS dapat gunakan khidmat beliau kerana diramalkan saman oleh pewaris penumpang2 akan mungkin mencecah melebihi USD 1Billion.





26 Mar 2014 16:25
KUALA LUMPUR: A US law firm said on Wednesday it has initiated what it called the first civil legal proceedings over the crash of flight MH370 and said it planned to pursue lawsuits seeking "millions of dollars" for aggrieved families.
Chicago-based Ribbeck Law Chartered International said it filed a court petition in the US state of Illinois targeting Malaysia Airlines and Boeing, blaming the two companies for the "disaster".
"We are going to be filing the lawsuits for millions of dollars per each passenger based on prior cases that we have done involving crashes like this one," the firm's head of aviation litigation, Monica Kelly, told reporters in Kuala Lumpur.
The development appeared to mark the start of what legal experts have warned could be a cascade of lawsuits by passengers' relatives livid over the unexplained disappearance of their loved ones.
The plane carried 239 passengers and crew.
Kelly said her firm was also talking to "several" other relatives in China and Malaysia about taking similar action on their behalf.
Ribbeck issued a statement earlier Wednesday saying it had filed a "petition of discovery" in Illinois requesting a court to order defendants to provide potential evidence and other information.
In particular, the documents being sought pertain to possible design or mechanical defects or conduct by the airline that may have led to the disaster, it said.
"We believe that both defendants named are responsible for the disaster of Flight MH370," the statement said.
The legal action was filed on behalf of Januari Siregar, an Indonesian lawyer and father of Firman Siregar, 25, who was on the flight.
"It is extremely important for the victims we represent that all responsible parties are brought to justice without exceptions," it said.
Boeing and Malaysia Airlines have 30 days to reply, Kelly told reporters, adding that a lawsuit could take years to conclude.
"(Families) want to have justice. They want to prevent accidents like this from happening again," Kelly said.
She said it was the first legal action over the disaster.
"Nobody has filed anything because I do not believe that anybody is representing any clients. And nobody has initiated a case either."
Ground contact with the Beijing-bound flight was lost somewhere over the Gulf of Thailand, shortly after it took off from Kuala Lumpur on March 8, bound for Beijing.
Malaysia believes it was deliberately diverted and said Monday that satellite data indicates the plane crashed into the southern Indian Ocean, far from its original path.
But no wreckage has been found there despite several days of searching by a fleet of ships and planes from a number of countries and no other evidence has publicly emerged to indicate what caused the plane to divert.
Floyd Wisner, another US-based aviation crash attorney, said Malaysia Airlines' liability was "almost certain, no matter what the cause of the crash ultimately is determined to be".
"The fact that the wreckage has not yet been found does not have any real legal impact upon the families' claims against Malaysia Airlines," he told AFP.
However, other lawyers said lawsuits could be bogged down by the lack of evidence.
Many of the next-of-kin of MH370 passengers, particularly Chinese relatives, have been frustrated with the lack of information and angrily accuse the flag carrier and the Malaysian government of incompetence and withholding evidence.
Two-thirds of the 227 passengers were Chinese.
Kelly said her firm believed equipment failure caused a fire or sudden loss of pressure that rendered the pilots unconscious and the aircraft "a ghost plane" that flew for several hours until it ran out of fuel.
Malaysia Airlines said in a statement to AFP that it was aware of the court petition and that its lawyers had been "advised of this development", but declined further comment.
The national flag carrier has already paid $5,000 to next-of-kin, but they are entitled to up to about $176,000 under an international convention.
Ribbeck is currently representing 115 passengers of a Boeing 777 flight operated by South Korea's Asiana Airlines that crashed upon landing in San Francisco last year. Three people died.
The firm said it would also file additional court petitions against other parties that provided parts or components for the aircraft that may have been faulty.


Tuesday 25 March 2014

CEO MAS AKAN LETAK JAWATAN?

"Adakah saya akan melepaskan jawatan saya ini, itu adalah keputusan peribadi yang hanya akan dilakukan selepas ini apabila segalanya selesai," kata beliau ketika ditanya pemberita pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

PC pada hari pertama kehilangan MH370
TRAGEDI kehilangan pesawat MH370 pastinya dugaan paling besar buat Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. Di dalam pesawat itu ada 12 anak buahnya, manakala 227 lagi adalah penumpang yang menggunakan perkhidmatan penerbangan nasional menuju ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Siapa pun tidak merancang jauh sekali mahu kejadian seperti ini berlaku, namun takdir mengatasi segala-galanya apabila Boeing 777-200ER itu disahkan terhempas di satu lokasi terpencil di tengah-tengah Lautan Hindi. Sepanjang 17 hari sebelum ini termasuk pada sidang akhbar petang semalam, Ahmad Jauhari kelihatan tenang. Dengan penampilan yang amat ringkas, beliau menjawab setiap soalan wartawan tanpa langsung ada unsur untuk menokok tambah jauh sekali mahu mempolitikkan suasana yang amat tegang itu.

Namun, malam ini, keadaan berubah. Beberapa minit sebelum sidang akhbar bermula, beliau dilihat melangkah longlai sambil menundukkan kepala masuk ke dewan dengan wajah yang amat sugul. Jika kebiasaannya beliau turut berada di atas pentas, kali ini hanya pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman serta Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahmad Jauhari memilih untuk berada di bawah pentas. Sepanjang Najib membacakan kenyataannya, beliau tunduk. Di sebelahnya, Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof. Sebaik kenyataan mengesahkan pesawat MH370 terhempas di tengah Lautan Hindi, Ahmad Jauhari kelihatan terlalu sedih. Beliau menangis apabila dipeluk oleh Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.

Ahmad Jauhari dipeluk erat oleh P.Kamalanathan


Sesungguhnya tanggungan perasaan Ahmad Jauhari sangat berat. Tiada siapa mampu menyelami apa yang dirasainya bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Jika kaum keluarga penumpang MH370 kehilangan paling ramai dua ahli dalam tragedi yang menyayat hati itu, Ahmad Jauhari hilang 12 anak buah serentak. Beliau juga kehilangan 227 penumpang selain terpaksa berhadapan dengan suasana yang amat menekan perasaan. Selami hatinya dan fahami tanggungan Ahmad Jauhari, nilai juga air matanya yang tumpah.


(DIBAWAH ADALAH SEDIKIT MAKLUMAT BIODATA YANG PENULIS DAPATKAN MELALUI WIKI)

Ahmad Jauhari ,CEO MAS
Ahmad Jauhari adalah Pengarah Urusan atau Ketua Pegawai Eksekutif, Penerbangan Malaysia.
Ahmad Jauhari, dilantik oleh Danaharta sebagai Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia pada 19 September 2011.Beliau berkelulusan Ijazah Sajana Muda(Kepujian) jurusan Kejuruteraan Elektrik danElektronik di Universiti Nottingham ,United Kingdom.
Sebelum menyertai Penerbangan Malaysia beliau merupakan pengarah urusan Premium Renewable Energy (M) Sdn Bhd. Karier beliau bermula denganESSO Malaysia Berhad kemudiannya menyertai The New Straits Times Press (M) Berhad dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar Kanan Kumpulan, Pengeluaran dan Pengedaran pada tahun 1990
Pada tahun 1922 , beliau menjadi Timbalan Pengarah Urusan kemudiannya sebagai Pengarah Urusan Time Engineering Berhad pada tahun yang sama. Seterusnya beliau menjawat Pengarah Urusan Malaysian Resources Corporation Berhadkemudiannya Malakoff Berhad.
Ahmad Jauhari juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat Penjana Elektrik (Jordan) dan Pengarah Projek Pengembangan Shuaibah (Arab Saudi). Beliau juga merupakan bekas Presiden Kehormat Penjanabebas ( Persatuan Penjana Tenaga Bebas Malaysia )

Hishammuddin bakal ganti Najib?


Bismilahirahmanirahim,

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Penulis dahulu tidak berapa minat dengan Hishammuddin ni sebab banyak cerita negatif terhadap beliau.

Tetapi bila saya lihat cara beliau berinteraksi dengan wartawan dari seluruh pelusuk dunia membuatkan saya mula akan hormati beliau.

Tahniah pada DS Hishammuddin teruskan usahamu menangani bencana yang berlaku pada #MH370 dengan baik harapnya.

Ketenangan,keberanian dan pengetahuan beliau apa yang terkini berlaku buatkan rasa hormat pada beliau.

Bukan mudah untuk berhadapan dengan pihak media tempatan dan antarabangsa kerana bencana nahas #MH370 mendapat perhatian antarabangsa.

Insiden ini juga akan menentukan hala tuju Syarikat Penerbangan Nasional Negara (MAS) selepas mencatatkan kerugian lebih RM1Billion dari lapuran kewangan MAS bagi tahun 2013 yang lepas.

Ada harapan jadi Perdana Menteri dimasa hadapan?

Konsert 2 Malam Twin Tower @Live 2014 Dibatalkan

Alhamdulilah,

syukur dengan berkat doa dan harapan kita semua agar sebarang bentuk hiburan seperti konsert digesa dibatalkan buat sementara waktu ini bagi menghormati mangsa dan ahli keluarga  penumpang dan krew MH370.

Terima kasih Allah.

Hajat sebahagian rakyat Malaysia untuk menyaksikan kelibat penyanyi terkenal Christina Aguilera dan beberapa artis antarabangsa lain di pentas konsert Twin Tower @live 2014 tidak kesampaian apabila konsert selama dua hari itu telah dibatalkan. 
 
Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 28 dan 29 Mac ini di perkarangan Menara Berkembar Petronas ini dibatalkan atas sebab memberi penghormatan kepada tragedi MH370. 
 
Berikut adalah kenyataan ringkas yang diumumkan melalui akaun Facebook konsert ini; 
 
"It is truly a tragedy and we are deeply saddened about the crew and passengers of flight #MH370. As the sponsor of Twin Towers Alive 2014, we have concluded with event organizer Live At Work Sdn Bhd and other fellow sponsors to cancel TTA 2014 as a sign of respect to the families & next-of-kin of the crew and passengers of flight MH370. Our deepest condolences to them. We will honor our obligation to ensure all related parties impacted by this cancellation be treated fairly."
 
Tentunya berita pembatalan ini dilihat sebagai tindakan yang sangat wajar buat ketika ini. Saya mengharapkan agar ahli keluarga dan kru yang terlibat dalam tragedi MH370 kuat menghadapi saat sukar ini. 

Monday 24 March 2014

Najib dan seluruh kepimpinan UMNO perlu insaf.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Saya amat berharap DS Najib,DS Hishammuddin & seluruh pemimpin-pemimpin UMNO supaya kita semua selalu beringat tiada manusia sehebat Allah SWT dan tiada mampu kita melawan kehendakNya.
Selalu berkata-kata penuh keinsafan dan jangan takbur seakan dunia ini hanya perlu tunduk pada kamu pemimpin-pemimpin UMNO dan berasakan hanya kamu semua sahaja mampu tadbir negara Malaysia yang kami cintai dengan baik.
Buang lah sikap angkuh dan sombong serta takbur kamu semua.Nescaya Allah mahu buktikan bukan kamu pemimpin UMNO boleh kawal segala perkara yang berlaku didunia ini.
Aku amat berharap DS Najib fahami kita semua hanya manusia yang hina dan cukup lemah segala nya walaupun kita punya kuasa dan harta tiada apa manusia mampu elakkan dugaan dari Allah SWT.
Jangan kita semua berputus asa untuk berdoa pada penumpang2 dan krew ‪#‎MH370‬.

Pesawat MH370 telah dijumpai?

PM STATEMENT ON MH370 – 24/03/14
This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.
Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.
This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.
We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.
Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.