"Adakah saya akan melepaskan jawatan saya ini, itu adalah keputusan peribadi yang hanya akan dilakukan selepas ini apabila segalanya selesai," kata beliau ketika ditanya pemberita pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
TRAGEDI kehilangan pesawat MH370 pastinya dugaan paling besar buat Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. Di dalam pesawat itu ada 12 anak buahnya, manakala 227 lagi adalah penumpang yang menggunakan perkhidmatan penerbangan nasional menuju ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
PC pada hari pertama kehilangan MH370 |
Siapa pun tidak merancang jauh sekali mahu kejadian seperti ini berlaku, namun takdir mengatasi segala-galanya apabila Boeing 777-200ER itu disahkan terhempas di satu lokasi terpencil di tengah-tengah Lautan Hindi. Sepanjang 17 hari sebelum ini termasuk pada sidang akhbar petang semalam, Ahmad Jauhari kelihatan tenang. Dengan penampilan yang amat ringkas, beliau menjawab setiap soalan wartawan tanpa langsung ada unsur untuk menokok tambah jauh sekali mahu mempolitikkan suasana yang amat tegang itu.
Namun, malam ini, keadaan berubah. Beberapa minit sebelum sidang akhbar bermula, beliau dilihat melangkah longlai sambil menundukkan kepala masuk ke dewan dengan wajah yang amat sugul. Jika kebiasaannya beliau turut berada di atas pentas, kali ini hanya pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman serta Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahmad Jauhari memilih untuk berada di bawah pentas. Sepanjang Najib membacakan kenyataannya, beliau tunduk. Di sebelahnya, Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof. Sebaik kenyataan mengesahkan pesawat MH370 terhempas di tengah Lautan Hindi, Ahmad Jauhari kelihatan terlalu sedih. Beliau menangis apabila dipeluk oleh Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.
Ahmad Jauhari dipeluk erat oleh P.Kamalanathan |
Sesungguhnya tanggungan perasaan Ahmad Jauhari sangat berat. Tiada siapa mampu menyelami apa yang dirasainya bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Jika kaum keluarga penumpang MH370 kehilangan paling ramai dua ahli dalam tragedi yang menyayat hati itu, Ahmad Jauhari hilang 12 anak buah serentak. Beliau juga kehilangan 227 penumpang selain terpaksa berhadapan dengan suasana yang amat menekan perasaan. Selami hatinya dan fahami tanggungan Ahmad Jauhari, nilai juga air matanya yang tumpah.
(DIBAWAH ADALAH SEDIKIT MAKLUMAT BIODATA YANG PENULIS DAPATKAN MELALUI WIKI)
Sebelum menyertai Penerbangan Malaysia beliau merupakan pengarah urusan Premium Renewable Energy (M) Sdn Bhd. Karier beliau bermula denganESSO Malaysia Berhad kemudiannya menyertai The New Straits Times Press (M) Berhad dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar Kanan Kumpulan, Pengeluaran dan Pengedaran pada tahun 1990
Pada tahun 1922 , beliau menjadi Timbalan Pengarah Urusan kemudiannya sebagai Pengarah Urusan Time Engineering Berhad pada tahun yang sama. Seterusnya beliau menjawat Pengarah Urusan Malaysian Resources Corporation Berhadkemudiannya Malakoff Berhad.
Ahmad Jauhari juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat Penjana Elektrik (Jordan) dan Pengarah Projek Pengembangan Shuaibah (Arab Saudi). Beliau juga merupakan bekas Presiden Kehormat Penjanabebas ( Persatuan Penjana Tenaga Bebas Malaysia )
No comments:
Post a Comment