Saturday, 22 March 2014

Tuntutan Comango sehingga ke PBB yang boleh bahayakan kedudukan Islam di Malaysia?

Penulis bersama Ustaz
Nasharudin Mat Isa semasa
menghadiri "Seminar Ancaman
Comango pada umat Islam diMalaysia"
.
Bersedialah kita semua. Dari sesi Final Adoption UPR di Geneva petang semalam ianya jelas yang amat ketara – bahawa Malaysia dan umat Islam di Tanah Air ini menjadi SASARAN yang sedang diSERANG bertubi-tubi oleh musuh-musuh Islam.
Apabila sesi dibuka untuk NGO-NGO bersuara, beraturlah satu demi satu mereka mula menghentam Malaysia dengan isu-isu yang mereka semua sepakati dan ulangi berkali-kali (semacam sudah tidak ada modal lain).
Hampir kesemua mereka asyik menekan dan mengulangi:
1. Beri kebebasan untuk orang Melayu MURTAD
UPR-sesiNGO
Dapat dilihat bertapa ramai orang barat
cuba campuri urusan negara kita.
2. Benarkan seks songsang LGBTIQ
3. Tuntutan untuk orang Kristian guna kalimah Allah
4. Persoal kenapa SUNNI sahaja dibenarkan dan kenapa halang Syiah
5. Hampir setiap NGO luar ini senada hentam NGO-NGO Islam yang berkempen bantah tuntutan melampau COMANGO.
6. Dan tidak kurang juga mereka menCAMPURI urusan kehakiman serta mempolitikkan medan PBB untuk tuntut bebaskan Anwar dan Karpal Singh yang telah dijatuhi hukuman baru-baru ini. Apakah ketelusan yang mereka laungkan?UPR-sesiNGO
Dapat dilihat betapa banyaknya NGO-NGO luar negara yang sibuk mencampuri hal ehwal Tanah Air kita


Penulis sedang fokus pada penerangan
berkenaan ancaman Comango pada
umat Islam Malaysia.
Kenapa Malaysia diASAK dan diTEKAN begitu sekali? Dalam sesi-sesi negara lain tidak banyak NGO yang bersuara – dan selalu masih ada masa lebih hinggakan sesi negara-negara lain selesai awal. Apabila giliran Malaysia, terdapat 11 NGO luar yang cuba mencampuri urusan Tanah Air kita hinggakan masa diberi tidak cukup dan terpaksa pengerusi sidang menghentikan. Yang menariknya ketika itu terdapat seorang ahli politik Malaysia yang sibuk mengatur NGO-NGO barat ini

.
Sesi Malaysia boleh dikatakan sesi yang paling panjang (selain China). Ada 2-3 negara lain yang melebihi masa sesi Malaysia tetapi ianya kerana wakil kerajaan mereka sendiri yang bercakap terlalu lama.
Buku berkenaan ancaman
Comango.
Selain Malaysia, hanya negara China sahaja yang benar-benar turut menjadi sasaran negara barat dan NGO-NGO mereka kerana dilihat China sebagai suatu kuasa besar yang bakal mengugat barat dalam masa yang terdekat. Wakil kerajaan China dengan berani dan lantang menghentam NGO-NGO ini yang tidak memahami dan mengikuti undang-undang China.


Maka kita semestinya sedar bahawa ada AGENDA BESAR dari anasir-anasir luar dengan DANA yang begitu besar. Mereka semua sepakat. NGO-NGO luar dan mendapat upah ini mempunyai matlamat yang jelas mahu menyekat umat Islam dari HAK ASASI ORANG ISLAM atas nama Hak Asasi Manusia.
Bagi kita umat Islam berSIAPlah. Ancaman ini pasti tiba. Selamatkan aqidah anak cucu kita.


.

No comments: