Saturday 22 March 2014

Peluang BN menang amat tipis.

Kuala Lumpur: Peluang untuk BN merampas kerusi Dun N25 Kajang dengan mempertaruhkan calon mereka dari MCA iaitu Chew Mei Fun, pada padangan saya amatlah tipis kerana bagi rakyat Selangor dibandar mereka lebih fokus pada isu-isu nasional dari isu tempatan dimana saya dapat lihat pihak BN cuba mainkan didalam kempen mereka.

Antara isu-isu tempatan yang cuba dimainkan ialah isu kenaikan harga barang diKajang dimana ketika TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika turun berkempen bersama pemimpin2 tertinggi BN di Kajang berulang kali menyatakan yang punca kenaikan harga barang ialah disebabkan kerajaan negeri Selangor yang telah menaikan cukai perniagaan sehingga 400% dan pihak peniaga terpaksa menaikkan harga barang.

Cara berkempen yang biasa dilakukan oleh BN apabila berkempen ialah cuba mengalihkan isu-isu nasional yang mana rakyat bandar lebih tumpukan perhatian pada skandal2 sering terpalit pada pemimpin2 BN.

Serangan peribadi yang penuh dengan maki hamun adalah perkara biasa bagi jentera Umno BN baik "on the ground" mahu pun dialam maya membuatkan rakyat mual,jemu dan menyampah.Taktik kempen Umno BN kena ubah jikalau mahu nemikat pengundi dikawasan bandar dan ini adalah fakta.

Peluang untuk calon PKR Wan Azizah Ismail menang adalah amat cerah kerana pada pandangan rakyat dibandar pihak kerajaan BN masih gagal menyelesaikan masalah yang amat penting bagi penduduk bandar seperti kos sara hidup,harga rumah yang melambung naik tanpa dapat dikawal oleh pihak kerajaan dan juga mutu perkhidmatan pengangkutan awan masih buruk.

Walau apa pun keputusan nanti,sebahagian besar rakyat masih mengharapkan kerajaan BN melakukan transformasi iaitu menjadi kerajaan yang punyai kreditabiliti dan akauntabiliti yang amat tinggi.Perkara seperti pecah amanah,rasuah,penyelewengan,salahguna kuasa dan ketirisan harus dihentikan segera.Rakyat mahukan kerajaan yang amanah dan jujur dalam menguruskan hasil dan kekayaan negara demi untuk masa depan anak cucu kami yang lebih baik.

No comments: