Monday 24 March 2014

Najib dan seluruh kepimpinan UMNO perlu insaf.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Saya amat berharap DS Najib,DS Hishammuddin & seluruh pemimpin-pemimpin UMNO supaya kita semua selalu beringat tiada manusia sehebat Allah SWT dan tiada mampu kita melawan kehendakNya.
Selalu berkata-kata penuh keinsafan dan jangan takbur seakan dunia ini hanya perlu tunduk pada kamu pemimpin-pemimpin UMNO dan berasakan hanya kamu semua sahaja mampu tadbir negara Malaysia yang kami cintai dengan baik.
Buang lah sikap angkuh dan sombong serta takbur kamu semua.Nescaya Allah mahu buktikan bukan kamu pemimpin UMNO boleh kawal segala perkara yang berlaku didunia ini.
Aku amat berharap DS Najib fahami kita semua hanya manusia yang hina dan cukup lemah segala nya walaupun kita punya kuasa dan harta tiada apa manusia mampu elakkan dugaan dari Allah SWT.
Jangan kita semua berputus asa untuk berdoa pada penumpang2 dan krew ‪#‎MH370‬.

No comments: