Bismilahirahmanirahim,
Pertama, saya ingin ucapkan tahniah pada Datin Seri Wan Azizah yang memenangi PRK N25 Dun Kajang.
Kedua,walaupun dicaci dicela oleh para pemimpin2 Umno dan penyokongnya Ibu Wan Azizah berjaya mendapat sokongan pengundi Dun Kajang terhadap beliau.
Ketiga,saya amat kagum dengan pergorbanan beliau sebagai seorang isteri dan ibu yang terpaksa melalui terlalu banyak rintangan dan keperitan untuk menegakkan keadilan di bumi Malaysia ini.
Keempat,saya sentiasa berdoa agar saudara sebangsa dan seagama kita berjaya dan pada suami beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim jikalau benar kamu ada lakukan perkara yang tidak senonoh kembali lah semula kejalan yang benar dan diredhai oleh Allah SWT.Hanya Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani bukan makhluk bernama manusia.
Terakhir,Anwar perlu hargai pergorbanan besar Wan Azizah yang begitu besar terhadap kamu Anwar dan keluarganya.Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Aku tidak pernah membenci kamu semua keluarga Anwar Ibrahim dan Wan Azizah kerana pada aku apa yang kamu sekeluarga lakukan ini semua untuk membela nasib rakyat.
Tahniah Datin Seri Wan Azizah.
Ahli Dewan Undangan Negeri yang baru untuk Kajang.
Kusambut kemenangan ini dengan tangisan kegembiraan.
Aku pegang pada prinsip wajib undi orang Islam apabila calon agama lain bertanding lawan calon orang Islam.
No comments:
Post a Comment