Friday 28 March 2014

Malaysian F1 GP,Siapa akan Juarai?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Walaupun negara sedang bersedih dengan peristiwa yang menimpa pesawat MH370 namun sekali lagi Malaysia menjadi tumpuan peminat dunia permotoran F1 yang sedang berlangsung mulai hari ini hingga ke hari Ahad dimana perlumbaan sebenar akan berlangsung di trek F1 Sepang pada hari Ahad nanti.


Pada tahun ini juga pengunaan enjin bagi setiap kereta lumba F1 telah ditukar daripada sebelum ini mengunakan enjin 2.4 liter V8 kepada 1.6 liter Turbocharged V6 enjin.Dimaklumkan bunyi enjinnya kali ini agak senyap berbanding enjin yang biasa digunakan sebelumnya.Maklum balas dari pelumba-pelumba dan juga peminat adalah amat mengecewakan kerana bunyi mengaum dan detuman enjin F1 memang seronok didengari sebelum ini tetapi tidak akan didengari lagi selepas penukaran enjin kereta F1.



Malaysia menjadi tuan rumah kedua didalam kalendar 2014 selepas Melbourne,Australia telah menjadi pembuka tirainya pada dua minggu yang lepas.Pada perlumbaan di Melbourne pasukan yang ditaja oleh Petronas telah memenanginya apabila pelumba Mercedes AMG Petronas Nico Rosberg telah berjaya mendapat tempat pertama.





Penulis amat yakin bahawa rakyat Malaysia berasa bangga dengan pencapaian pasukan ditaja oleh Petronas yang telah memenangi perlumbaan di Melbourne dan berharap pasukan Mercedes AMG Petronas akan berusaha menampilkan persembahan yang baik di Sepang dimana boleh diibaratkan sebagai "home track" bagi pasukan Merceses AMG Petronas.
Kelibat pemanduan Lewis Hamilton dan Nico Rosberg sudah tentu ditunggukan pada hari perlumbaan nanti iaitu pada hari Ahad.Keesokan hari iaitu pada hari Sabtu adalah ujian masa kelayakan bagi merebut petak permulaan.Ini juga sudah tentu akan mendebarkan bagi peminat sukan F1 tempatan dan antarabangsa yang akan membanjiri trek F1 Sepang nanti.



Bagi juara berganda tahun lepas iaitu pasukan Red Bull Racing dan pemandunya Sebastian Vettel dan tidak ketinggalan juga pasukan Ferrari melalui dua pelumba yang pernah menjuarai tahta pelumba F1,Fernando Alonso dan Kimi Raikkonen akan bergabung dibawah pasukan yang sama buat pertama kalinya akan menjadikan perlumbaan yang amat sengit pada hujung minggu nanti.


Penulis mengharapkan persembahan yang baik dari pasukan Scuderia Ferrari yang semenjak dulu menjadi pasukan pilihan penulis dan juga pasukan kedua pilihan iaitu pasukan Mercedes AMG Petronas.Kimi Raikkonen diramalkan menang!


SELAMAT MENONTON F1 DI SEPANG.
#PRAYFORMH370

No comments: