Saturday 22 March 2014

UMNO bukan parti rasis.


PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail menolak dakwaan bahawa Umno  adalah parti rasis.
Katanya, Umno dahulu memang amat rasis kerana orang Melayu ketika itu begitu mundur dari segi ekonomi dan pendidikan jadi pemimpin terdahulu bermati-matian mempertahankan nasib dan hak bangsa Melayu tetapi ketika ini mengatakan yang Umno rasis adalah tidak masuk akal sekali
“Saya merasa amat terkejut dengan kenyataan Tan Sri Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak yang akan melepaskan jawatan pada hujung bulan ini menyatakan yang parti Umno rasis, ” katanya kepada FMT.
Beliau bertanya apakah beliau cuba mainkan politik rasis dengan terangan memanggil Umno parti rasis di ketika beliau melepaskan jawatan Ketua Menteri?
“Adakah beliau cuba mendapatkan sokongan dari pelbagai bangsa di Sarawak untuk menyokong beliau untuk kerusi tertinggi di Sarawak iaitu sebagai Tuan Yang DiPertuan Negeri,” soalnya lagi.
Bagi pandangan beliau bukan setakat Umno rasis malahan banyak parti kompenen di dalam Barisan Nasional juga begitu seperti MCA untuk perjuangkan nasib bangsa Cina dan MIC untuk perjuangkan nasib bangsa India.
Umno manakala pula adalah sebuah parti yang amat relevan kerana telah terbukti memperjuangkan nasib bangsa melayu semenjak sebelum merdeka lagi.
Katanya, Umno sendiri mempunyai keahlian melebihi 3.5 juta ahli ini bermakna tiada parti lain yang mempunyai lebih ramai bangsa Melayu di dalamnya kecuali Umno.
Perjuang nasib Melayu
Rasis atau tidak itu isu kedua kerana yang paling utama Umno sememangnya memperjuangkan nasib bangsa Melayu tanpa membiarkan bangsa lain terabai seperti yang telah termaktub dalam artike 153 di dalam perlembagaan.
Pemimpin tertinggi Umno terutama Presiden iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak seringkali berkelihatan seperti cuba untuk berlaku adil.
“Pemimpin yang ada ketika ini lebih kelihatan memiliki gaya pemikiran moden atau “liberal minded” yang tidak terlalu eksterim,” dakwanya.
Ini terbukti apabila beliau sendiri yang pernah bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia pada Permilihan Agung Umno yang lepas di mana beliau membawa agenda kembali kepada perjuangan asal Umno iaitu mahukan lebih rasis dan tegas terhadap melindungi hak-hak bangsa Melayu tetapi ditolak oleh majoriti perwakilan.
Syed Rosli yang mencabar Khairy Jamaluddin kalah dalam pertandingan tersebut selain dari Akramsyah Sanusi, Irwan Ambak dan Mokhtar Ali.
Beliau menambah Khairy Jamaluddin sendiri telah menyatakan yang Umno sedang menuju ke arah pemikiran liberalisma melalui sokongan perwakilan pemuda Umno terhadap kemenangan bergaya beliau.
Oleh itu, tegasnya lagi, beliau menolak dakwaan Taib bahawa Umno adalah parti rasis.

No comments: