Saturday, 22 March 2014

Khairy Jamaluddin dan Raja Bomoh harus berdamai.


Menurutnya, satu dunia kini mentertawakan Malaysia gara-gara adegan memualkan ini.
Syed Rosli Jamalullail
KUALA LUMPUR – Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail hari ini menggesa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Raja Bomoh Sedunia, Mahaguru Ibrahim Md Zin “duduk semeja” dan mencari jalan perdamaian.
Beliau berkata, tindakan kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan demi kenyataan kemudian disusuli dengan dua video panas oleh penyokong Khairy yang jelas amat memalukan.
Menurutnya,  satu dunia kini mentertawakan Malaysia gara-gara adegan memualkan ini.
“Apa yang dah lepas, sudahlah.. tak perlu terbawa-bawa emosi.. sebagai orang muda Khairy juga perlu hormat orang tua (Tok Bomoh)… tak perlu perli atau memandang sinis terhadap Mahaguru Ibrahim Md Zin.
Khairy Jamaluddin
“Sebagai orang Melayu, elok duduk semeja dan berdamai.. macam adik beradik.. tutup buku buka buku baru…
” Rakyat Malaysia seantero dunia menyaksikan adegan ini… Rosak jatidiri orang Melayu gara-gara tindakan cabar mencabar dan gertak mengertak…
Raja Bomoh Sedunia
“Kita orang Melayu saling hormat menghormati dan penuh dengan tata susila… Tak perlu nak cakap yang bukan-bukan seolah-olah kita tiada adat”, kata Syed Rosli yang pernah mencabar Khairy untuk jawatan Ketua Pemuda Umno itu.
`Mahu tunjuk hebat’
“Saya melihat, jika masing-masing mahu tunjuk kehebatan… akhirnya insiden ini tidak akan habis.. Tok Bomoh cabar nak tampar Khairy. Penyokong Khairy pula cabar Tok Bomoh… malah ada yang bergelar Pahlawan Melayu Pahang juga secara terbuka mencabar Tok Bomoh …. dan terbaru penyokong Khairy dari Rembau juga berbuat demikian…
Jika ini keadaannya, rosak bangsa Melayu.. orang luar melihat dan mentertawakan kita.. Oleh itu, cari jalan berdamai.. eratkan ukhwah dan sillaturrahim demi Islam dan bangsa Melayu itu sendiri.. Buang yang keruh ambil yang jernih”, katanya lagi.
Syed Rosli juga berkata beliau sedia menjadi orang tengah jika pihak terbabit ikhlas untuk berdamai.
“Pilih lokasi dan masa yang sesuai, tak usah dok gaduh-gaduh lagi.  Kita sekarang sedang bersedih dengan kehilangan pesawat
MH370,  maka tak perlu kita kecohkan lagi dengan isu-isu seperti ini.
“Malah sampai ada isu nak saman-saman dan sebagainya,” tambahnya.

No comments: