Wednesday 2 April 2014

ESSCOM & ESSZONE KEGAGALAN PENTADBIRAN NAJIB LAGI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Genap setahun lebih yang lalu, peristiwa pencerobohan Tentera Sulu kepada Penuntut KeSultanan Raja Sulu iaitu Abdul Kiram lll terhadap Lahad Datu dan Semporna telah mengemparkan negara.Semasa pertempuran antara Tentera Sulu dengan pihak keselamatan negara iaitu PDRM dan ATM telah mengorbankan 6 anggota polis dan 2 anggota ATM.Dipihak Tentera Sulu pula sebanyak 67 nyawa telah terkorban dan 149 telah ditahan dan mereka yang ditahan sedang dibicarakan di Mahkamah.
Ketika itu keselamatan Pantai Timur Sabah boleh dikatakan agar longgar dimana cukup mudah warga Filipina keluar masuk keperairan negara.


Pada 7 Mac 2013, kerajaan telah memperkenalkan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi memperkuatkan lagi keselamatan maritim bahagian Pantai Timur Sabah.Kemudian pada 25 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan pula sebuah Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).Ini semua antara langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan kawasan Pantai Timur Sabah selamat.


Adakah kegagalan demi kegagalan Najib menguruskan negara dimana cukup sudah untuk beliau letak jawatan!?

Persoalannya sekarang, kenapa keselamatan Pantai Timur Sabah masih longgar sehingga boleh berlaku kejadian penculikan terhadap pelancung warga China dan perkerja hotel di Singamata Reef Resort yang terletak di sebuah pulau berhampiran dengan Semporna.Dilapurkan juga bahawa penculikan tersebut mengunakan senjata api dan telah memecut melarikan diri mengunakan bot laju bersama pelancung warga China dari Shanghai dan seorang perkerja hotel warga Filipina sebagai tebusan. 


Adakah disebabkan semua aset tentera yang sepatutnya berada di kawasan ESSCOM telah dikerahkan tumpu perhatian didalam pencarian MH370 telah menyebabkan kawasan Pantai Timur Sabah telah terabai?
Saya harap jangkaan saya ini adalah tidak benar, ini kerana saya yakin pihak ATM sudah punyai pengalaman yang banyak semasa kejadian pencerobohan Lahad  Datu dahulu.
Diketika ini pula Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin dan juga pegawai tertinggi ATM sedang berada di Hawaii,Amerika untuk persidangan antara Menteri Pertahanan Asean dan Amerika.


Akhir sekali saya amat berharap agar pihak ATM dapat terus memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa dijaga dengan baik.Kita juga perlu ingat bahawa semenjak kes kehilangan MH370 ini telah banyak dipertikaikan berkenaan kecekapan pihak bertanggungjawab menjalankan tugasan mereka.Imej keselamatan negara ketika ini sedang diperhatikan dengan serius oleh semua mata didunia ini berikutan kes MH370 dan penculikan pelancung warga China dan perkerja hotel warga Filipina di Semporna Sabah paling terbaru semalam.Adakah ini akan meninggalkan kesan buruk pada kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 ?.

No comments: