Saturday, 19 March 2016

SPRM perlu telus siasat Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat kontrak pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sama seperti prosedur yang dijalani bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang membeli sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail berkata, kes Guan Eng dan Dr Mohamad Khir dilihat mempunyai persamaan dan seharusnya dikenakan hukuman setimpal seperti yang ditetapkan undang-undang.

"Saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak SPRM didalam kenyataan media mereka bahawasanya kertas siasatan akan dibuka diatas tuduhan Guan Eng membeli sebuah banglo di Georgetown dengan harga dibawah harga pasaran.
"Kes ini sama seprti kes Dr Mohamad Khir yang didakwa dan dihukum kerana bersalah di dalam amalan rasuah. Saya amat berharap pihak SPRM akan berlaku adil dan tidak pilih kasih di dalam kes ini dan siasatan telus dapat dijalankan.

"Sebelum ini pimpinan pembangkang selalu menuduh yang pemimpin UMNO terlibat dalap rasuah maka sekarang mungkin kita boleh tahu siapa pula yang terlibat," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Sebuah akhbar tempatan melaporkan Guan Eng didakwa membeli rumah di Jalan Pinhorn, Georgetown di Pulau Pinang dengan harga yang lebih rendah berbanding nilai harga pasaran semasa.
Terdahulu, pada sidang Dewan Rakyat, Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) mendakwa rumah berkeluasan tanah 10,161 kaki persegi (943.98 meter persegi) didakwa dibeli Lim pada 25 Oktober tahun lalu dengan harga RM2.8 juta.
Menurut Shabudin, nilai pasaran harga rumah berkenaan ialah dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Jelas Syed Rosli, ia sekali gus membuktikan sesuatu yang tidak betul berlaku di dalam isu pembelian banglo berkenaan oleh Guan Eng.
Pada Sabtu, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mengalu-alukan siasatan SPRM ke atas transaksi pembelian banglo bernilai RM2.8 juta oleh anaknya.
Katanya, sebarang dakwaan mengenai salah guna kuasa wajar disiasat.
Walaupun dituduh membeli hartanah di bawah nilaian sebenar, Guan Eng tetap mempertahankan transaksi tersebut.

Katanya, pembelian rumah banglo itu dibuat secara bebas dan rela hati di antara pembeli dan penjual.
Tahun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir bersalah kerana mendapatkan untuk dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, 50, dua lot tanah dan sebuah banglo di seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.
Dr Mohamad Khir gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 30 Mei, 2013.
Bekas anggota dewan undangan negeri Sungai Panjang itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei, 2007.

No comments: