Thursday 31 March 2016

Tindakan Ali Tinju memalukan

Tindakan semalam oleh NGO Gerakan Merah yang diterajui oleh Ali Tinju menyerang Ibupejabat Dap adalah tindakan yang tidak bermoral dan memalukan orang melayu sahaja.
NGO Gerakan Merah yang Pro Umno ini telah bertindak biadap dan tidak bertamadun dengan menghina salah seorang ahli parti Dap yang sudi menerima memorandum mereka namun telah dihina dan caci sebagai barua kepada Dap parti yang dimonopoli oleh bangsa Cina
.
Isu yang mereka cuba ketengahkan ialah skandal pembelian rumah banglo oleh Lim Guan Eng di George Town  Pulau Pinang dibawah harga pasaran sekaligus menimbulkan mungkin ada berlaku salahguna kuasa dan rasuah.

Saya sebagai bekas Ketua Penerangan Gerakan Merah berasa tindakan menyerang ibupejabat Dap dengan penuh makian dan cacian ini adalah amat memalukan kepada bangsa melayu sendiri yang terkenal dengan sifat lemah lembut seperti peribahasa menarik benang dari tepung,benang tidak putus dan tepung tidak berselerak.
  
Kita semua sedia maklum yang pihak SPRM sedang memanggil saksi saksi serta Puan Phang sendiri untuk diambil keterangan.
Bukan tiada tindakan dari SPRM malahan banyak yang sudah dipanggil untuk diambil keterangan.Adalah lebih baik kita serahkan segalanya kepada pihak SPRM untuk menyiasat dari kita membuat pengadilan sendiri dengan menyerang Ibupejabat Dap.

Tindakan provokasi oleh NGO Gerakan Merah ini sungguh memalukan bangsa melayu khususnya parti Umno.
Mengunakan kekasaran tidak akan menyelesaikan masalah apa pun cuma akan mengeruhkan suasana perpaduan antara kaum didalam negara ini.
Dengan ini jelas Ali Tinju adalah seorang rasis dan menjijikkan.
 
Syed Rosli Jamalullail,
Bekas Ketua Penerangan NGO Gerakan Merah.

No comments: