Wednesday 6 April 2016

MAS dilandasan yang betul.

MAS mula mencatatkan keuntungan.

Agenda merasionalisasikan MAS mula menunjukkan tanda-tanda positif.

Kadang kala kita memang perlukan kepakaran luar untuk menasihati dan membantu urusan perniagaan negara kerana mereka mempunyai pengalaman dan ilmu yang banyak serta luas didalam sesuatu perkara.


Tindakan kerajaan dibawah kepimpinana YAB DS Najib Razak telah membuktikan bahawasanya kita mampu membaik pulih syarikat negara yang sebesar MAS ini yang sebelumnya kerap kali mencatatkan kerugian dimana akhirnya kerajaan terpaksa menyuntik modal aliran tunai buat MAS.

Tindakan bijak ini sudah tentu akan menafaatkan negara dan rakyat kerana saban tahun sebelum ini kerajaan telah memperuntukkan berbillion ringgit untuk menyelamatkan MAS dari bankrap tetapi sebaliknya dengan MAS mencatatkan keuntunggan maka berbilion ringgit tersebut boleh digunakan untuk perkara lain untuk negara dan rakyat.

Tahniah dan moga MAS akan terus mencatatkan keuntungan seterusnya mampu memberi banyak peluang perniagaan dan peluang perkerjaan kepada anak tempatan semula.

Apabila sebuah syarikat itu kukuh dan mampu berkembang maka secara tidak langsung akan mewujudkan peluang perkerjaan dan perniagaan seterusnya mampu memangkin ekonomi negara untuk terus berkembang secara progresif.

No comments: