Tuesday, 25 March 2014

Hishammuddin bakal ganti Najib?


Bismilahirahmanirahim,

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Penulis dahulu tidak berapa minat dengan Hishammuddin ni sebab banyak cerita negatif terhadap beliau.

Tetapi bila saya lihat cara beliau berinteraksi dengan wartawan dari seluruh pelusuk dunia membuatkan saya mula akan hormati beliau.

Tahniah pada DS Hishammuddin teruskan usahamu menangani bencana yang berlaku pada #MH370 dengan baik harapnya.

Ketenangan,keberanian dan pengetahuan beliau apa yang terkini berlaku buatkan rasa hormat pada beliau.

Bukan mudah untuk berhadapan dengan pihak media tempatan dan antarabangsa kerana bencana nahas #MH370 mendapat perhatian antarabangsa.

Insiden ini juga akan menentukan hala tuju Syarikat Penerbangan Nasional Negara (MAS) selepas mencatatkan kerugian lebih RM1Billion dari lapuran kewangan MAS bagi tahun 2013 yang lepas.

Ada harapan jadi Perdana Menteri dimasa hadapan?

1 comment:

ezuddin said...

Akhirnya kita tahu dimana perjalanan akhir kapal terbang itu.. sedih..