Thursday, 27 March 2014

MH370:TENTERA UDARA TIDUR?

1)Adakah Tentera Udara Malaysia tidur di tempat kerja ?

2) Bagaimana pesawat yang tidak dikenali boleh terbang melalui ruang udara Malaysia tanpa pihak Tentera Udara bertindak dan sedang berjaga-jaga ? Adakah ruang udara kita dikawal dengan baik oleh Tentera Udara?

3)Kenapa tiada pesawat pejuang keluar memintas sedangkan pengkalanTentera Udara di Butterworth adalah amat hampir semasa MH370 melalui ruang udara Pulau Pinang?walaupun menurut lapuran Tentera Udara bahawa mereka dapati ianya pesawat penumpang bukan pesawat pejuang lain tetapi bukankah sepatutnya pesawat pejuang kita keluar dan cuba berkomunikasi dengan juruterbang pesawat penumpang tersebut untuk lakukan pemeriksaan jikalau mereka sedang alami masalah? Kita masih belum belajar dimana pesawat penumpang telah digunakan oleh penganas bagi menyerang WTC dan Pentagon diAmerika pada 11 September 2001?.

4)Kenapa pihak Tentera Udara tidak menghubungi pihak DCA pada masa "real time" untuk pengesahan sama ada pesawat penumpang tersebut telah dipanggil untuk berpatah balik oleh mana-mana pusat kawalan trafik udara Malaysia?Adakah mereka tidak bertindak kerana hanya menurut "andaian hati" mereka bahawa ianya selamat ?menurut kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat.

5)Kenapa hanya selepas 3 hari kejadian kehilangan baru pihak Tentera Udara maklumkan bahawa pesawat MH370 ada lakukan pusing patah balik dan melintasi semenanjung menghala ke Teluk Andaman dimana telah direkod dan dikesan melalui radar tentera dan kenapa tidak dilapurkan pada masa "real time" kejadian supaya pihak DCA dan MAS boleh bertindak cepat dan tidak membuang masa mencari di Lautan China Selatan?.



Berikut adalah beberapa soalan-soalan yang bermain dibenak fikiran kita bagaimana Penerbangan MH370 gagal dikesan lebih awal dan mungkin dapat menyelamatkan penumpang-penumpang dan krew MH370.

Pada awal pagi Mac 8 Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing melalui Laut China Selatan,ketika melalui ruang udara Vietnam tiba-tiba ada seseorang sengaja mematikan transponder di 1.21am menjadikannya hilang daripada kawalan trafik udara (ATC ) skrin radar.

Boeing 777 pesawat penumpang ketika itu membawa 239 orang penumpang dan 12 orang anak kapal kemudian membuat pusingan  semula ke dalam ruang udara Malaysia .

Tanpa dicabar dan tidak dapat dikenal pasti - walaupun ia telah dikesan sebagai blip dengan radar utama Tentera di 2.15am (walaupun tidak mendatangkan ancaman ) - ia terbang ke atas Pulau Pinang sebelum menghilang ke arah Lautan Hindi.

Ya betul,kita tidak boleh menyalahkan seratus peratus pada pihak Tentera Udara Malaysia tetapi bukan kah ini menjadi tanggungjawab pihak Tentera Udara untuk memantau ruang udara Malaysia terutama apabila ada pesawat penumpang yang melakukan pusingan semula merentasi Kelantan,Kedah dan Pulau Pinang tanpa mendarat?.

Penulis berasa bahawa berkemungkinan ada kecuaian berlaku terhadap pihak Tentera Udara dimana gagal dalam sentiasa bersiap sedia jikalau perkara seperti ini berlaku?

Berikut adalah kenyataan Timbalan Menteri Cap Ayam yang penulis petik dari Malaysiakini :Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri menjelaskan kenyataannya sebelum ini, bahawa MH370 berpatah paling kerana mendapat arahan pusat kawalan, hanya andaiannya.

Menurutnya, ia semata-mata kemungkinan yang boleh berlaku.

"Setelah membuat semakan, saya ingin tegaskan bahawa andaian saya tidak tepat," katanya dalam kenyataan akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau semalam juga berkata, tentera udara mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.

Bagaimanapun, tentera pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat semalam.


Pegawai yang bertugas mengawasi radar tentera ketika itu harus disoal siasat dan jika terdapat kecuaian,tindakan tegas harus diambil terhadap pegawai tersebut oleh Tentera Udara.

Ternyata alasan yang diberikan tidak boleh diterima akal oleh kita yang akan menuju kearah negara maju pada tahun 2020 iaitu 6 tahun sahaja lagi.Penulis amat berharap biarlah yang bijak pandai dipilih menjadi anggota kabinet atau pun memang dalam Barisan Nasional ni sudah tiada yang cerdik pandai lagi dan hanya yang tinggal adalah yang tidak berkualiti.Maka benarlah apa yang Tun M kata bahawa parti Umno Barisan Nasional tidak sukakan orang pandai menyertai mereka?


Penulis amat berharap pihak kerajaan terutama pihak Tentera Udara harus perbaiki kelemahan ini kerana tidak boleh bayangkan apa akan terjadi dengan Malaysia jikalau ada pesawat perang asing yang masuk ke ruang udara Malaysia malahan lebih teruk mereka boleh mendarat secara haram tanpa diketahui oleh pihak tentera pun.

Jangan diulangi lagi seperti apa yang pernah berlaku di Lahad Datu setahun yang lalu dan berubahlah semua pemimpin2 negara atau kami rakyat akan terpaksa mengubah kamu semua.

Akhir sekali pertahankan kedaulatan negara kita dari sebarang ancaman luar dan dalam.

3 comments:

Anonymous said...

Mungkin pesawat itu dapat dikesan oleh pengawal radar TUDM tetapi pegawai atasan tidak bertindak atau ada sebab tertentu tiada tindakan diambil.

Anonymous said...

Any unidentified object should be taken as suspicious object. Lembab

Anonymous said...

TUDM Nampak MH370 tetapi kemudian DINAFIKAN pengurusan TUDM.
Penduduk Maldive nampak MH370 tetapi DINAFIKAN oleh Pihak Berkuasa Maldive.
MH370 Mendarat Di PULAU PEDRO GARCIA tetapi DINAFIKAN oleh USA.
Balik dari UMRAH nampak MH370 terapung dekat PULAU ANDAMAN tetapi DINAFIKAN oleh PILOT.